Saturday, June 19, 2010

Birthday Abah

Makan² lagi, kali ni sambutan untuk birthday abah (mertua).. menu kali ni nak makan western food. Perancangan awal nak makan western food kat East Grill.... sekali last minute tukar planning. Malam tu kita orang makan kat Seasons Boutique Hotel... best ker kat situ? boleh lah... kalau kasi markah boleh bagi 4/5. Makanan boleh tahan sedap dan harganya pun berbaloi... harga untuk chicken chop cuma RM10 untuk satu set. Menu paling best malam tuh steak dan char keow teow. Nanti boleh datang lagi try menu lain lak.......











Friday, June 18, 2010

Bukit Tinggi - Japanese Village

Inilah Japanese Village yang terdapat kat Bukit Tinggi..... Japanese Village nih ala² perkampungan Konoha macam dalam cerita Naruto...erkkk yeker..? lebih kurang ler.... kat sini disediakan kimono tapi kalau nak pakai kena bayar ler..... pastu boleh pose untuk diambil gambar.... ermmm kalau setakat nak pakai kimono dalam almari Taufik pun ada kimono...hehe. Tak sempat nak explorer semua tempat kat Japanese Village tuh... sebab tetiba jer hari hujan.







Bukit Tinggi - Colmar Tropicale

Kalau nak dikira dengan jari rasanya tak cukup jari dah nak kira, dah beratus kali berulang alik pergi KL tetapi tak pernah singgah pun Bukit Tinggi Resort nih. Genting Highland dah acap kali pergi tapi bukit tinggi tak pernah daki lagi sehinggalah hari tu.... balik awal dari KL sebab cadangan awalnya nak pergi Low Yat nak hantar warranty motherboard sebelum balik..... sekali masuk KL dah jam gila... so terus balik... on the way balik singgah ler Bukit Tinggi. Perjalanan nak sampai kat atas tu dalam 20 minit kot... itu pun slow sebab follow kereta orang kat depan... nak potong tak sampai hati lak. Masa nak turun lak dalam 15 minit jer kot... kalau guna skill drift Takumi Fujiwara mungkin 7 minit setengah jer kot...hehe.









Related Posts with Thumbnails