Saturday, March 27, 2010

Kenduri Di Sg. Ling Maran

27 Mac 2010 hari tu kenduri kat rumah toki aku... erkkkk rumah baru toki aku. Dah 2 atau 3 bulan dia pindah kat rumah baru tuh... tapi inilah kali kali pertama aku menjengah ke rumah tu. Malam tuh cuak jugak nak cari rumah jumpa simpang 2...dah tak tahu nak tale kemana... last² call taufiku san... heheh kantoi. Sebelum nih kalau balik Chenor tak sempat nak singgah sebab balik Chenor pun sekejap.... nak² pulak time nih family aku kat Chenor pun sibuk nak pindah jugak. Pasal kenduri hari tuh... ini kenduri tahlil sebenarnya untuk arwah tok aku...sekali ngan kenduri naik rumah kot. Aku balik sorang malam tuh, Izzul tak bleh nak ikut sebab hari sabtu dia ada training taekwondo pastu dah dekat nak greding. Eina plak takleh ikut sebab kena kerja, ada kenduri kat rumah dealer dan kat rumah mak dia pun ada kenduri pada 27 mac malam tuh.



tumbang seekor kerbau pagi tu


daging fresh


toki (otai kg. paya pasir & Sg. Ling)


sepupu sepapat


jijo dan en. tekun...hehe


wahhh melaram ...hehhe


hang kebunnnnn...

Monday, March 22, 2010

Selamat Hari Jadi Aki !!!!!!

Ini majlis makan² menyambut hari lahir mertua aku yang ke 69 kalau tak salah erk.... yer kot pada 22 mac hari tu. Bukan majlis grand pun... cuma buat makan² untuk keluarga jer.... erkkkkk kenyangggg...


ica, aki dan kakak aiza


erkk... lupa nak makan kek malam tuh...


"happy birthday abah"


mummy suka makan tembikai


anaknya pula suka makan timun

Sunday, March 14, 2010

Lepak² @t Mc D Teluk Cempedak (TC)

Hujung minggu baru nih, atas permintaan Izzul nak makan Mc D kat TC. So malam tuh cam biasalah lepas pusing² bandar Kuantan, penutupnya lepak kat TC sambil menjamu selera kat Mc D. Tapi malam tu angin pantai takdelah kuat sangat, takdelah sejuk...jadi boleh lah lepak lelama. Sebelah tempat kita orang lepak malam tuh, ada pulak uncle & untie MS buat birthday party anak dia..kot.








Sunday, March 7, 2010

Royal Pahang Polo Club

Royal Pahang Polo Club ada buat tournament baru² nih... so aku, Eina dan Izzul pergi ler hari ahad tuh. Tahun lepas aku pergi jugak tapi pergi ngan Izzul jer... hari final, tahun nih pergi bertiga.. panas tuh maklum ler musim kemarau nih... tapi pergi jugak ler bukan senang dapat tengok tournament polo nih.. setahun cuma 2 kali jer ada kat Pekan nih. Lebih kurang sejam tengok, kita orang pun blah lah...sebenarnya bukan paham pon cara dia orang main polo nih..hehe.... nak² pulak ada seekor kuda yang lalu depan kita orang buat sepoi...sambil lalu selamba jer dia berak.... ishh berak merata² lak. Dok ambik gambar kuda nih sampai aku terlupa lak nak ambik gambar aku anak beranak..layannn.


kejar jangan tak kejar


pukul jangan tak pukul


kuda nih tunggu giliran nak beraksi kot


ermm... bukan boleh jumpa hari² nih


Wednesday, March 3, 2010

Le Tour De Langkawi At Pekan 2010

Selama lebih 10 tahun tinggal di Pekan ini rasanya kali ke 3 menyaksikan Le Tour De Langkawi secara live, sekali tu pekan jadi tempat laluan sahaja dan 2 kali lagi sebagai tempat permulaan pertandingan. Ikutkan dah berjanji ngan Izzul nak bawak dia sekali tapi.... hari race tuh hari sekolah ler pulak.


official photographer


takde org nak tolong ambilkan gambar,
snap sendiri je ler.......


starting grid


Malaysia Boleh!
Related Posts with Thumbnails