31 Jan 2010 pagi tu dari Kajang selepas sarapan terus ke Bentong untuk menghadirkan diri ke majlis perkahwinan Syikin dan pasangannya. Hari tu berkonvoi 3 buah kereta dari Kajang terus ke Bentong. Selepas majlis tersebut terus balik tetapi singgah sekejap di Chenor dan sebelah petang tuh baru balik ke Pekan.
Sunday, January 31, 2010
Saturday, January 30, 2010
Pekan - KL - Putrajaya - Kajang
Ikutkan perancangan awal nak pergi beramai² 3 buah kereta kot, bertolak dari pekan jumaat malam sabtu. Tetapi aku tak larat ler rasanya nak drive malam tuh sebab letih baru habis kerja nak drive lagi, Eina pun macam tak larat gak nak drive so.. kita orang sekeluarga bertolak pagi sabtu tuh. Ok gak bertolak pagi, badan pun segar dan yang penting Izzul boleh sarapan kat Restoran Zaman kat jalan Gambang. Menu Izzul... roti telur ngan telur separuh masak, aku ngan Eina lak nasi lemak ngan nasi dagang.
Sampai Kl.. terus pergi Pudu Plaza... tak pernah pergi Pudu Plaza nih... puas gak cari .. nasib baik ler sebelum tuh dah google.... kat google map. Pergi Pudu Plaza nak ambik barang... wah rupanya macam kat Hong Kong ler Pudu Plaza....kiri kanan semua orang cina... orang melayu tak jumpa pun. Dah setel semua hal.... pergi Sungai Wang dan Times Square.... makan²... lepas tu g KLCC... jalan² kat taman... bawak Izzul mandi.... petang tu terus ke Alamanda Putarajaya...sebab Eina nak jumpa member dia.... malam tuh baru sampai ke Kajang rumah uncle Eina.
Labels:
Kajang,
KL,
KLCC,
Pekan,
Pudu Plaza,
Putrajaya,
Sungai Wang,
Times Square

