Wednesday, September 1, 2010

Buffet Ramadhan At De Rhu Beach Resort

30 ogos yang lalu kami sekeluarga ke De Rhu Beach Resort untuk berbuka puasa dan sekali untuk meraikan harijadi untuk 3 orang yang tarikhnya sangat dekat antara satu sama lain. Kami tiba 10 minit sebelum berbuka, agak tergesa² juga waktu tu. Cadangan awalnya kami hendak meraikan majlis ini di Shahzan Inn tetapi menukar rancangan untuk menukar selera berbuka di De Rhu. Kesimpulannya malam tuh kami balik dengan hampa... makanan tak best.. tak setimpal dengan harga dan tempat yang istimewa seperti itu. Sebelum sampai kat rumah, kami singgah bungkus nasi lemak...sebab tadi makan tak kenyang.




Thursday, August 12, 2010

Weekend

Hujung minggu lepas kami ke Kl selama 2 hari, sebenarnya Eina ada kerja skit di Legend Hotel pada hari sabtu tu. So minggu tu kami habiskan masa di KL... lagi pun dah dekat nak puasa dan raya... bolehlah pergi shopping untuk raya. Kami menginap di Quality Hotel dekat skit arrr nak pergi shopping... pergi Sogo ker....... 2 hari tuh KL... jam gila, alternatifnya kami tinggalkan kereta di hotel dan bergerak menggunakan komuter ke Mid Valley, dah lama tak naik komuter dah 10 tahun kot dan ini pengalaman pertama Izzul naik komuter.











Friday, July 16, 2010

Birthday Izzul Yang Ke-8

14 Julai 2010 merupakan hari jadi Izzul yang ke-8, puas juga nak pikir nak sambut kat mana birthday dia nih. Mula² nak pergi sambut birthday dia kat Bukit Gambang Resort, tetapi kalau nak pergi Bukit Gambang kena pergi weekend tetapi... setiap weekend Tok Ayah takde...kena kerja... so tak bestlah pulak kalau takde Tok Ayah. Last².... ambil keputusan sambut kat McD kat TC jerlah. Hari itu Izzul dapat hadiah jam daripada Mummy Eina.... memang dia dah minat lama dah nak jam digital yang waterproof.... jam² yang ada sebelum nih tak waterproof ...hehe. Bulan depan (ogos) dan bulan sept ada 3 org sambut birthday... kena bulan puasa lak tuh....... perancangan dan sambut birthday sekali ngan buka puasa kat hotel kot... buffet ramadhan.






Saturday, June 19, 2010

Birthday Abah

Makan² lagi, kali ni sambutan untuk birthday abah (mertua).. menu kali ni nak makan western food. Perancangan awal nak makan western food kat East Grill.... sekali last minute tukar planning. Malam tu kita orang makan kat Seasons Boutique Hotel... best ker kat situ? boleh lah... kalau kasi markah boleh bagi 4/5. Makanan boleh tahan sedap dan harganya pun berbaloi... harga untuk chicken chop cuma RM10 untuk satu set. Menu paling best malam tuh steak dan char keow teow. Nanti boleh datang lagi try menu lain lak.......











Related Posts with Thumbnails